JellyPages.com

Wednesday, December 5, 2012

Fasa Pertama : Ujian Bertulis Penolong Penguasa Imigresen KP27

Pada tarikh 3 Nov 2012 tepat pukul 9.00 pagi bertempat di UNITEN, Bangi aku menjalani ujian bertulis untuk kali keduan bagi jawatan Penolong Penguasa Imigresen KP27 selepas ujian bertulis pertama bagi jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat aku gagal. Ini adalah fasa pertama untuk berkerja dengan kerajaan. Aku tidak berharap sangat untuk kali kedua ni kerana aku takut kecewa macam kali pertama. So aku langsung tak buat persediaan, just tengok-tengok sekali imbas je website Imigresen & SPA. Pakaian confirm la formal kalau nak hadiri pemeriksaan kerajaan ni. 

Format Ujian Bertulis bagi Jawatan Penolong Penguasa Imigresen KP27 spt:-

9.00 pagi hingga 9.40 pagi  -  Pengetahuan AM (Seksyen A) sebanyak 50 soalan. Kebanyakkan soalan tanya mengenai Imigresen dan mengenai Malaysia. Contoh soalan Imigresen kenalpasti logo Imigresen, berapa lama tempoh pasport dapat siap? , berapa harga untuk renew pasport bagi 2 tahun & 5 tahun?.

10.10 pagi - 10.55 pagi  -  Daya Menyelesaikan Masalah (Seksyen B) sebanyak 40 soalan. Seksyen ini semuanya soalan matematik. Siapa yg tak expert matematik tu tak perlu la risau krn soalan basic je pun. Tp yg perlu risau adalah masa bcz tak sempat nak habiskan pengiraan. Dah la tak boleh guna kokulator. 

11.25 pagi - 12.25 pagi  -  Penaksiran Personaliti (Seksyen B) sebanyak 160 soalan. Seksyen ini paling senang just bulat ya atau tidak. Tak perlu risau, jawab je dgn sejujurnya tentang diri anda. 

2.00 ptg - 4.00 ptg           -  Pemeriksaan Fizikal & Pancaindera (Berat, tinggi, BMI, ujian penglihatan & pengecaman warna). Lama jugak nak menunggu. Bayangkan 200 org nak kena beratur tunggu giliran nak check. Siapa cepat beratur, best la boleh balik awal.

Keputusannya, 8 Disember 2012 baru tahu lulus atau gagal. Tp 20 Nov 2012 dah dapat tahu keputusan. Diaorg hantar email menyatakan 
Jawatan     :   PENOLONG PENGUASA IMIGRESEN GRED KP27
keputusan  :   Tahniah ! Anda LULUS ujian yang telah diadakan pada 03/11/2012

Alhamdulilah, tak sangka aku lulus walaupun tak bersungguh-sungguh. Sekarang aku di panggil untuk fasa kedua ke Program pusat penilaian kompetensi jawatan penolong penguasa imigresen gred KP27 pada 08/12/2012 hingga 09/12/2012 bertempat di Institut Kemahiran Mara , JB. Walaupun jauh terpaksa aku redah. Ikut nasib la. kalau ada rezeki dapat la teruskan ke fasa ketiga yg terakhir. Berdoa je la...

6 comments:

  1. good luck, harap dapat mara ke fasa seterusnya...aktiviti time tu pun pack gak...dari registration,selesaikan kes warga afrika tu, pengucapan awam, kecergasan, 2.4km, buat piramid, simulasi mesyuarat english dgn public speaking...

    ReplyDelete
  2. serius mmg pack... kalau awak kena kat IKM JB, kita sebatch ler... niway.. good luck tuk tunggu result tuh nnti ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah mmg pack & meletihkan..gud luck utk awk jgk.

      Delete
  3. Replies
    1. nampak nya kita bertiga jalani PAC di tpt yang sama ler.. hehehe.. good luck semua...

      Delete
  4. Penolong Penguasa Imigresen KP27 ade ujian kecergasan tak? mcm lari2 ke?

    http://geeazielove4eva.blogspot.com/

    ReplyDelete