JellyPages.com

Monday, December 17, 2012

Johor Bahru

Percutian merangkap temuduga kerja. Bak kata org sambil menyelam sambil minum air. Pertama kali dlm sepanjang hayat aku, menjejak kaki di JB ni. Tak pernah pun terpikir nk bercuti kt JB ni. Dari KL ke Johor Bahru mengambil masa dalam 4jam. Kami bertolak pukul 2 pagi dan sampai ke Institut Kemahiran Mara, JB tepat kul 6.30 pagi. Kos minyak kereta Proton Saga Aeroback RM100 untuk pergi dan balik serta ronda-ronda dkt JB. Kos tol dari KL ke JB RM36.90, so pergi dan balik RM73.80.
 
Dekat JB ni tak de apa pun yg best tp makanan dkt food court Larkin mmg the best. Kalau dtg JB, jgn lupa singgah makan kacang pool kerana itu mmg makanan org JB.
Air bandung Special RM2.00

Ni la kacang pool. Yg ada roti & telur dlm mangkuk tu. Baru RM3.50

Ini mee rebus situalang. Mmg terangkat la

Murtabak daging special punya RM6.50

Ni ABC RM3.50 & Ais Batu Coklat RM3.50.
 
Tapi kalau datang ke JB, jgn harap la ada duti free. Sebab kami dah terkena. Kami singgah dkt shopping mall yg kununnya ada duti free. Kami beli rokok Dunhill RM75. Kununnya dh murah sgt la tu. Bila keluar je dari shopping mall, ada la pihak kastam yg check. Pihak kastam tu minta kami bayar 1 kotak rokok RM20 kalu tak RM100. Makna kata sama je la dgn harga kt luar. Penipu je. Dh la rasa rokok duti free ni kurang sedap. Rugi la yg sape yg beli rokok kt JB. So pengajarannya, tiada duti free di JB..
 
 
 
 
 

Monday, December 10, 2012

Fasa Kedua : Program Assessment Centre Penolong Penguasa Imigresen KP27

2 hari 1 malam dari 8/12/2012 hingga 9/12/2012 aku bertapa dkt Institut Kemahiran Mara, JB semata-mata nak temuduga Penolong Penguasa Imigresen KP27. Best mmg best dpt kwn dari byk tempat kn. Tp asrama dkt IKM, JB mmg teruk. Dh la tak de pintu tandas nk mandi dan air bertakung dlm tandas. Mandi ala-ala cowboy la. Dh la aku duk Selangor, nun jauh sampai ke Johor kena temuduga. betul-betul kena buli. Amik masa 4 jam dari tol kajang hingga ke IKM, JB.

Sampai je ke IKM kul 7 pagi, aku ke tandas IKM tukar baju kurung & basuh muka. Almaklum la kul 2.00pagi aku gerak dari Cheras,Selangor. Aku tido je kt belakang nk amik semangat temuduga kan.

8.00 pagi - 9.00 pagi  Ke kuanter pendaftaran di dewan IKM utk pengesahan kehadiran, amik tag nombor badan, amik nombor bilik, amik tajuk pengucap awam bg aktiviti 2 & public speking bg aktiviti 5 dan last sekali amik gambar. Tajuk pengucap awam aku dpt "Pengahwinan campur rakyat Malaysia dgn warga asing" & public speaking "Unemployment issues in Malaysia". Nasib baik public spe

9.00 pagi  - 10.00 pagi Beratur utk di panggil 5 org setiap satu kumpulan utk ujian kawad. Masa kawad tu kena la buka kain baju kurung. Kalo tak mcm mana nk kawad kan. Lepas tu kena check sorg2 dlm 1 bilik. Diaorg check satu badan. Diaorg suruh angkat baju, separa bogel. Entah la apa yg di nilainya. Then diaorg check kelurusan tangan, jari dan dada.

10.00 pagi - 10.30 pagi  Gerak ke asrama then makan pagi mee dgn ayam goreng dan air teh o panas yg di sediakan percuma di kantin.

10.30 pagi - 12.30 pagi  Aktiviti 1 terbahagi kepada 22 kumpulan. 1 kumpulan terdpt 10 org. Kami di beri 1 tajuk iaitu "Gangguan Pelajar Afrika". Aktiviti ni dlm kumpulan, so kena bincang positif dan negatif isu ni. Tp penilai menilai sorang2. Penilai nk tgk sama ada kita boleh bekerja dlm 1 kumpulan.

12.30 tgh - 2.30ptg  Makan tengahari dan solat Zohor.

2.30 ptg - 4.30 ptg Aktiviti 2 iaitu pengucap awam. Tajuknya yg di beri masa mendaftar. Aku dpt tajuk "Pengahwinan campur rakyat malaysia dan warga asing. Di beri 5 minit untuk berucap. Kalau lebih 5 minit markah tidak di ambil.

4.30 ptg - 6.30 ptg  Di adakan saringan 1 & 2 iaitu bangun tubi sbyk 28kali selama 2minit, lompat jauh sepanjang 162cm, lari 4 X 10m selama 13 saat dan last sekali 2.4 km selama 17 minit. Ini untuk peserta perempuan. Lelaki mesti lah lg advance syarat2nya. Habis krem kaki aku mcm nk tercabut rasanya.

6.30 ptg - 8.30 mlm  Makam malam, nasi beriani dan nasi putih berlauk ayam masak merah, daging kurma, acar dan sirap/bandung. Memang mabelesss..TQ pakcik kantin. mmg terbaekk. Lepas tu mandi n solat maghrib.

8.30 mlm - 10.30 mlm Aktiviti 3 iaitu latihan dlm kumpulan. Dia bg 20 cawan polistren , 1 getah & 4 utas benang sepjg 3meter. Dia suruh kita susun jd piramid tanpa guna tangan. Hanya guna bahan2 yg di beri. Mancabar jgk tp enjoy. Kita kena bekerjasama & kreatif.

10.30 mlm  Balik tidor la apa lg.

Esoknya...

7.00 pagi  - 8.00 pagi  Sarapan pagi makan bihun goreng dan ayam serta air teh o/teh panas.

8.00 pagi - 10.30 pagi Aktiviti 4 iaitu berlakon dlm meeting. Tp kena guna bahasa Inggeris. Tajuk di beri masa aktiviti di jalankan. Kami dapat tajuk "How to sell Malaysia abroad?".  Ada 10 agensi/ ministry utk beri opinion bagaimana nk wat kempen? Mmg susah, dh la on the spot dpt tajuk nk karang ayat BI lg.

10.30 pagi - 11.00 pagi  Makan pagi

11.00 pagi - 12.30  Aktiviti 5 public speaking. Aku dpt tajuk Unemployment issues in Malaysia. Dapat la penilai yg suka menanya apa pendapat kita? Tp alhamdulilah semuanya ok.. Semoga dpt result ok. Sesiapa yg dh selesai fasa 2 ni harap bersabar menunggu result. Dan berdoa byk2 agar lulus. aminn...

Wednesday, December 5, 2012

Fasa Pertama : Ujian Bertulis Penolong Penguasa Imigresen KP27

Pada tarikh 3 Nov 2012 tepat pukul 9.00 pagi bertempat di UNITEN, Bangi aku menjalani ujian bertulis untuk kali keduan bagi jawatan Penolong Penguasa Imigresen KP27 selepas ujian bertulis pertama bagi jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat aku gagal. Ini adalah fasa pertama untuk berkerja dengan kerajaan. Aku tidak berharap sangat untuk kali kedua ni kerana aku takut kecewa macam kali pertama. So aku langsung tak buat persediaan, just tengok-tengok sekali imbas je website Imigresen & SPA. Pakaian confirm la formal kalau nak hadiri pemeriksaan kerajaan ni. 

Format Ujian Bertulis bagi Jawatan Penolong Penguasa Imigresen KP27 spt:-

9.00 pagi hingga 9.40 pagi  -  Pengetahuan AM (Seksyen A) sebanyak 50 soalan. Kebanyakkan soalan tanya mengenai Imigresen dan mengenai Malaysia. Contoh soalan Imigresen kenalpasti logo Imigresen, berapa lama tempoh pasport dapat siap? , berapa harga untuk renew pasport bagi 2 tahun & 5 tahun?.

10.10 pagi - 10.55 pagi  -  Daya Menyelesaikan Masalah (Seksyen B) sebanyak 40 soalan. Seksyen ini semuanya soalan matematik. Siapa yg tak expert matematik tu tak perlu la risau krn soalan basic je pun. Tp yg perlu risau adalah masa bcz tak sempat nak habiskan pengiraan. Dah la tak boleh guna kokulator. 

11.25 pagi - 12.25 pagi  -  Penaksiran Personaliti (Seksyen B) sebanyak 160 soalan. Seksyen ini paling senang just bulat ya atau tidak. Tak perlu risau, jawab je dgn sejujurnya tentang diri anda. 

2.00 ptg - 4.00 ptg           -  Pemeriksaan Fizikal & Pancaindera (Berat, tinggi, BMI, ujian penglihatan & pengecaman warna). Lama jugak nak menunggu. Bayangkan 200 org nak kena beratur tunggu giliran nak check. Siapa cepat beratur, best la boleh balik awal.

Keputusannya, 8 Disember 2012 baru tahu lulus atau gagal. Tp 20 Nov 2012 dah dapat tahu keputusan. Diaorg hantar email menyatakan 
Jawatan     :   PENOLONG PENGUASA IMIGRESEN GRED KP27
keputusan  :   Tahniah ! Anda LULUS ujian yang telah diadakan pada 03/11/2012

Alhamdulilah, tak sangka aku lulus walaupun tak bersungguh-sungguh. Sekarang aku di panggil untuk fasa kedua ke Program pusat penilaian kompetensi jawatan penolong penguasa imigresen gred KP27 pada 08/12/2012 hingga 09/12/2012 bertempat di Institut Kemahiran Mara , JB. Walaupun jauh terpaksa aku redah. Ikut nasib la. kalau ada rezeki dapat la teruskan ke fasa ketiga yg terakhir. Berdoa je la...