JellyPages.com

Monday, December 10, 2012

Fasa Kedua : Program Assessment Centre Penolong Penguasa Imigresen KP27

2 hari 1 malam dari 8/12/2012 hingga 9/12/2012 aku bertapa dkt Institut Kemahiran Mara, JB semata-mata nak temuduga Penolong Penguasa Imigresen KP27. Best mmg best dpt kwn dari byk tempat kn. Tp asrama dkt IKM, JB mmg teruk. Dh la tak de pintu tandas nk mandi dan air bertakung dlm tandas. Mandi ala-ala cowboy la. Dh la aku duk Selangor, nun jauh sampai ke Johor kena temuduga. betul-betul kena buli. Amik masa 4 jam dari tol kajang hingga ke IKM, JB.

Sampai je ke IKM kul 7 pagi, aku ke tandas IKM tukar baju kurung & basuh muka. Almaklum la kul 2.00pagi aku gerak dari Cheras,Selangor. Aku tido je kt belakang nk amik semangat temuduga kan.

8.00 pagi - 9.00 pagi  Ke kuanter pendaftaran di dewan IKM utk pengesahan kehadiran, amik tag nombor badan, amik nombor bilik, amik tajuk pengucap awam bg aktiviti 2 & public speking bg aktiviti 5 dan last sekali amik gambar. Tajuk pengucap awam aku dpt "Pengahwinan campur rakyat Malaysia dgn warga asing" & public speaking "Unemployment issues in Malaysia". Nasib baik public spe

9.00 pagi  - 10.00 pagi Beratur utk di panggil 5 org setiap satu kumpulan utk ujian kawad. Masa kawad tu kena la buka kain baju kurung. Kalo tak mcm mana nk kawad kan. Lepas tu kena check sorg2 dlm 1 bilik. Diaorg check satu badan. Diaorg suruh angkat baju, separa bogel. Entah la apa yg di nilainya. Then diaorg check kelurusan tangan, jari dan dada.

10.00 pagi - 10.30 pagi  Gerak ke asrama then makan pagi mee dgn ayam goreng dan air teh o panas yg di sediakan percuma di kantin.

10.30 pagi - 12.30 pagi  Aktiviti 1 terbahagi kepada 22 kumpulan. 1 kumpulan terdpt 10 org. Kami di beri 1 tajuk iaitu "Gangguan Pelajar Afrika". Aktiviti ni dlm kumpulan, so kena bincang positif dan negatif isu ni. Tp penilai menilai sorang2. Penilai nk tgk sama ada kita boleh bekerja dlm 1 kumpulan.

12.30 tgh - 2.30ptg  Makan tengahari dan solat Zohor.

2.30 ptg - 4.30 ptg Aktiviti 2 iaitu pengucap awam. Tajuknya yg di beri masa mendaftar. Aku dpt tajuk "Pengahwinan campur rakyat malaysia dan warga asing. Di beri 5 minit untuk berucap. Kalau lebih 5 minit markah tidak di ambil.

4.30 ptg - 6.30 ptg  Di adakan saringan 1 & 2 iaitu bangun tubi sbyk 28kali selama 2minit, lompat jauh sepanjang 162cm, lari 4 X 10m selama 13 saat dan last sekali 2.4 km selama 17 minit. Ini untuk peserta perempuan. Lelaki mesti lah lg advance syarat2nya. Habis krem kaki aku mcm nk tercabut rasanya.

6.30 ptg - 8.30 mlm  Makam malam, nasi beriani dan nasi putih berlauk ayam masak merah, daging kurma, acar dan sirap/bandung. Memang mabelesss..TQ pakcik kantin. mmg terbaekk. Lepas tu mandi n solat maghrib.

8.30 mlm - 10.30 mlm Aktiviti 3 iaitu latihan dlm kumpulan. Dia bg 20 cawan polistren , 1 getah & 4 utas benang sepjg 3meter. Dia suruh kita susun jd piramid tanpa guna tangan. Hanya guna bahan2 yg di beri. Mancabar jgk tp enjoy. Kita kena bekerjasama & kreatif.

10.30 mlm  Balik tidor la apa lg.

Esoknya...

7.00 pagi  - 8.00 pagi  Sarapan pagi makan bihun goreng dan ayam serta air teh o/teh panas.

8.00 pagi - 10.30 pagi Aktiviti 4 iaitu berlakon dlm meeting. Tp kena guna bahasa Inggeris. Tajuk di beri masa aktiviti di jalankan. Kami dapat tajuk "How to sell Malaysia abroad?".  Ada 10 agensi/ ministry utk beri opinion bagaimana nk wat kempen? Mmg susah, dh la on the spot dpt tajuk nk karang ayat BI lg.

10.30 pagi - 11.00 pagi  Makan pagi

11.00 pagi - 12.30  Aktiviti 5 public speaking. Aku dpt tajuk Unemployment issues in Malaysia. Dapat la penilai yg suka menanya apa pendapat kita? Tp alhamdulilah semuanya ok.. Semoga dpt result ok. Sesiapa yg dh selesai fasa 2 ni harap bersabar menunggu result. Dan berdoa byk2 agar lulus. aminn...

5 comments:

  1. Hye..sy ada satu group ngan awk masa susun 20 cups tue. Add my fb eh,rainbowblink@yahoo.com :) or my nama nurul fasharina

    ReplyDelete
  2. saya dah dpt panggilan temuduga untuk jawatan ni... ada sesiapa lg pg... ada tips utk dikongsi>>

    ReplyDelete
  3. hye sy pn dh dapat panggilan untuk temudugajawatan ni..ada sape2 boleh brkongsi tips x..? :)

    ReplyDelete