JellyPages.com

Monday, September 17, 2012

Bercamping di Pantai Morib

Tanggal 16 September 2012, kami berlima plan bercamping di pantai Morib. Tepat pukul 8 pagi dgn berbekalkan minyak kereta RM30 sahaja dan tol RM1 di Kajang Silk. Hanya 1jam saja utk sampai ke pantai Morib. Kami ikut jalan UKM bangi kerana jalan ni kurang kereta dan tol, tambahan lg hujan renyai-ranyai serta suasana kampung..Fuhh memang tenang la. Kebanyakkan kedai makan tutup sebab hari Malaysia kan. Kami singgah dkt satu warung yg tak tahu nama utk bersarapan, hanya RM9.70 utk 1 nasi lemak lauk sotong, 8 biji kuih muih, 1 teh o limau suam, 1 teh o, 2 nescafe susu panas & 1 teh tarik..

Destinasi pertama kami, pada jam 10 pagi adalah ladang longan..Tapi sayang ladang longan di Morib sudah 3 tahun tutup so kami terpaksa pergi ke Sg. Pelek kerana kata org kat situ, ada lg satu ladang longan.Bayaran masuk ladang longan ni free je. Tapi dpt tgk pokok longan je kerana musim ia dah habis. Musim pertama longan bulan Mei, Jun & Julai dan musim kedua longan bulan Disember. Dekat situ ada juga tanam pokok nanas yenkee. Buah nanas yenkee ni pun sama musim dgn pokok longan. Buah nanas yenkee ni bentuknya mcm tiga segi dan sangat manis. Kepada siapa yg tak mkn nanas tp kalau makan nanas yenkee ni pasti akan nak mkn punyee..Selain itu, ada juga tanam pokok markisa tp masih muda belum nk masak lg. Dekat sini ada jugak jual anak pokok buah longan. Kami beli 2 anak pokok longan dengan harga RM65.
Ini nombor telefon ladang longan di Sg. Pelek

Nanas Yenkee yg belum masak lg

Yg di atas tu buah Markisa

Buah Cermai

Buah cermai kat atas ni, kami amik dekat umah India dkt ladang longan. Kebanyakkan rumah di morib ni, byk tanam pokok cermai.

Buah naga & buah nanas

Selepas kami ke ladang longan, kami berhenti dekat tepi jalan utk beli buah naga dan buah tembikai susu. Kami beli buah naga dlm plastik putih tu ada 7 biji RM10 dan tembikai susu 4 biji RM10 tp memang manis sgt.

Inilah makanan BBQ  kami ala ala korea la ni. Ada sosej, sotong, udang, ayam dan daging.. Memang terbaik dari ladang. 

Ini ketam yg kami beli direct dari penangkap ketam kat pantai morib tu. Dia jual kat kami 1 plastik RM10. Boleh la utk lepaskan ngidam makan ketam. Tp makan ketam fresh ni mmg manis isinya walaupun kecil.


Sambil jalan-jalan kat pantai, kami dapat tangkap udang. Kata penangkap ketam kt situ, udang patok namanya. Tp rupanya mcm kala jengking. Takut kami nk makan, so kami buang je la. Ada juga terjumpa anak ketam yg dh nyawa-nyawa ikan. Tp memang ramai penangkap ketam dkt situ. Tempat ni, mmg lubuk penangkap ketam dan pemancing ikan. Kebanyakkan pemancing, selalu dapat ikan duri. Siapa yg minat menangkap ketam, ikan duri ataupun siput sedut, boleh la dtg ke sini. Tempat dia betul-betul sebelah Rumah Persekutuan Morib. Kalau nmpk je signboard Rumah Persekutuan Morib, masuk je. Ada lorong-lorong kecil dekat situ, redah je...Mmg best kalau utk pemancing. Tp utk yg bercamping, bahaya sikit krn sunyi. Better bercamping dkt dataran pantai Morib. Dkt situ ada tandas untuk mandi dan kedai makanan.. Selamat bercamping..

Budget:
Minyak kereta                RM 30.00 (pergi & balik)
Tol Kajang Silk & Bt.10   RM   2.60 (pergi & balik)
Makanan & Minuman       RM100.00
                                  ================
TOTAL                          RM132.60  bahagi 5 org   =  RM26.52

Friday, September 7, 2012

Family Day 2012

Tahun 2012 ini, family day kami dekat Teluk Kemang,Port Dickson lagi, samalah macam tahun lepas. Bezanya tahun ni baju warna "green lime dan bertema "I LOVE MY FAMILY". Kami semua telah berpakat bahawasanya 1hb September 2012 hari sabtu adalah hari family day kami. Dah lama kami plan untuk collect duit baju, duit makan, duit hadiah serta sukaneka. Bendahari dan perancang kami adalah pic kat bwh ni. Haa..cantikkan design baju tahun ni..I la tukang designnye..hehehe.

Di bawah ini adalah suasana di rumah sebelum kami bergerak ke PD. Lebih kurang pukul 9 pagi, baru kami bergerak dengan seramai 40 orang dan 6 buah kereta.


Menu makanan kami, Grill chicken chop black pepper, Steamboat, Bihun goreng, Nasi goreng ikan masin, Nasi Impit kuah kacang dan roti sardin. Air biasa la, air sirap. Cheff kami made in korea hehehe.
Ini cheff yang membuat kuah black pepper. Walaupun pedas bangat tp mabeles la andak.Fuhh pedas gilerr..




Ini cheff buat air sirap..Terbaik la walaupun kurang manis tp cepatnya habis air..


    
Ini cheff membakar chicken chop bersama family dekat bwh ni.

Inilah hasilnya bila di bakar oleh 2 orang pakar bakar membakar.Grill chicken chop tanpa coslow dan kuah black pepper.


Ini cheff jugak tp special sikit ni, cheff makan sampai kenyang..


Yang sedang tulis tu adalah perancang sukaneka & juga sponsor hadiah hamper untuk famaly day tahun ini.


Hamper-hamper untuk pemenang group dalam sukaneka.



Posing kanak-kanak rebena..Comeikan.. 


Sebenarnya ada gambar saguhati dan permainan sukaneka tp bateri kamera dah habis di guna oleh budak remaja berposing.. Takpe lain kali i sedia kan spare bateri.. Tahun depan mungkin family day dekat Pulau Pangkor lak. Insyallah kalau panjang umur dan murah rezeki. Amin..