JellyPages.com

Wednesday, February 16, 2011

Pulau Langkawi 11-15 Feb 2011

Tidak sabar menunggu saat 11/2/2011 kerna kami akan bercuti ke tempat yang sgt di idam-idamkan iaitu PULAU LANGKAWI.. Tibanya 11.02.2011(jumaat) pukul 11.30mlm kami akan berangkat naik bas dari KL ke Kuala Perlis. Nasib baik ada bekalan yg di bawa oleh kakak2 yang pandai masak.hehehe..kenyang juga perut kami melantak kt atas bas. Perjalanan mengambil masa dalam 7jam juga la utk sampai ke perhentian bas Kuala Perlis. Tepat pukul 7.30pagi kami tiba di perhentian bas Kuala Perlis. Tidak sangka rupa-rupanya terminal feri Kuala Perlis dekat je dgn hentian bas. Hanya 5minit je masa untuk berjalan kaki ke terminal feri. Walaupun sampai awal tapi kena tunggu juga kaunter feri buka pukul 8.00pagi.Perjalanan feri mengambil masa 2jam jugak la untuk sampai ke Pulau Langkawi. Nasib baik kami dah booking awal2 penginapan rumah dan van vannete utk 3hari 2mlm. Kalau tidak berkampung kami di terminal feri la, almaklum la musim cuti raya cina.



Tiket bas KL - Kuala Perlis