JellyPages.com

Wednesday, February 15, 2012

Kelantan & Thailand 5-7 Feb 2012

Tepat pukul 12.30pagi (4Feb2012), kami bertolak ke Kelantan melalui jalan kampung. Kami melalui Bentong, Raub dan Kuala Lipis sebelum sampai ke Kelantan. Hanya mengambil masa 9jam untuk sampai ke Tumpat,Kelantan. Harga tol pergi hanya dalam RM8.00 dari KL ke Kelantan.


Pukul 10.00pagi (5Feb2012) kami tiba di Senangin Resort, Tumpat. Kami memilih penginapan di sini kerana dekat dgn pengkalan kubor serta Takbai untuk next destination kami nanti. Kami mengambil 2bilik. Bilik pertama single queen hanya RM100 dan double queen RM150 untuk 3hari 2malam. Nasib baik pemilik senangin resort membenarkan kami check in pada pukul 10.00pagi. Kalau tidak penat juga nak tunggu sampai pukul 2.00petang. Senangin Resort memang puas hati dan tidak rugi menginap di sini. 


Senangin Resort, Tumpat

Setelah berehat sebentar, pukul 1.00petang kami keluar mencari makan serta singgah berjumpa saudara di pengkalan kubor dan juga kawasan bebas cukai pengkalan kubor. hanya 15minit je dari penginapan kami. Tapi shopping di pengkalan kubor sangat la mahal. tak boleh kurang cikit pun. Lebih baik shooping dkt Rantau Panjang lagi murah.
 

Pengkalan Kubor, Tumpat
Lebih kurang 5jam kami di area Pengkalan Kubor, pukul 6.00petang kami singgah berehat sambil melihat pemandangan Takbai,Thailand dari Kelantan yang di pisahkan dengan sg.golok. Then kami balik berehat dan mandi di resort dahulu. Sebelah malam kami berkunjung ke wakaf che yeh. Wakaf che yeh ni lebih kurang macam pasar malam je. Tapi kira ok la dan yang bestnye buah mangga 3kilo RM10. Kalau dekat KL jangan harap la nk dapat harga mcm tu.

Keesokkan harinya kami ingin ke Munduk,Thailand. Tapi malangnya bermula Januari 2012, Munduk ,Thailand tidak di benarkan masuk kerana kata polis marin dan askar ynag menjaga kawasan itu, risau keselamatan pelancong malaysia apabila berada di Munduk,Thailand.

Selepas itu kami ke Rantau Panjang. Di sini harga boleh tahan juga la, kalau nak di bandingkan dengan Pengkalan Kubur. Tapi yang paling murah adalah set comforter termasuk cadar dan 4sarung bantal baru RM47, toto narita RM37, anak patung RM130, bantal kekabu yang serdang RM10,bantal kekabu yang besar RM15, Jacket yang bergaya RM40. Murah kan....


Rantau Panjang, Kelantan
Bagi menebus kekecewaan kerana tidak dapat ke Munduk, kami di beri peluang untuk ke Takbai, Thailand. ntuk ke Takbai,Thailand kami menaik bot. Seorang RM2. Dekat Takbai,Thailand seluar jean hanya RM30 sehelai,Selipar RM15 .

Takbai, Thailand



Wakaf Che Yeh, Kota Bahru

Bajet kami ke Kelantan lebih kurang RM500 seorang termasuk shooping RM250, Minyak kereta & tol pergi balik serta penginapan termasuk makan dan minum selama di sana  RM250.