JellyPages.com

Wednesday, October 30, 2013

Pulau Kapas, Kuala Terengganu

Percutian Ke Pulau Kapas, Kuala Terengganu

Kali ini kami bercuti di Pulau Kapas, Kuala Terengganu. Kami bertolak 10.30 pagi pada  25 April 2013 (Khamis).  Kami sampai Jeti P.Kapas dalam pukul 7.00 ptg. Lebih kurang 8jam atau 9jam jugak untuk sampai ke Jeti Pulau Kapas. Tujuan kami ke sana adalah untuk melakukan aktiviti candat sotong. Aktiviti candat sotong ni bukan sepanjang tahun je ada. Ianya ikut musim jugak dan di lakukan pada waktu malam kerana sotong suka pada cahaya. Masa kami pergi memang tepat sangat pada musim sotong tengah banyak. Sebelum jauh saya cerita tentang Pulau Kapas, lebih baik saya tunjuk budget kami ke sana.
 
Budget Pulau Kapas (pergi & balik)( 7 orang)
 
1. Petrol( Kereta Proton Saga FLX 1.3)              =    RM 150
    Petrol( Kereta Perodua Myvi 1.3)                   =    RM 150
 
2. Tol   ( Kereta Proton Saga FLX 1.3)               =    RM 100
    Tol  ( Kereta Perodua Myvi 1.3)                     =    RM 100
 
3. Pakej Dengan Makcik Gemuk
    - Aktiviti candat sotong(utk 7 org) dan              
       transfer bot laju pergi & balik daripada
       Pulau Kapas - Jeti - Pulau Kapas                  =  RM 650
 
    - 2 bilik chalet aircond tanpa breakfast
        (3 hari 2 malam)
        (makcik gemuk resort)
        (RM 90 satu malam)                                  =   RM 360
 
4. Snorkeling (RM 25 * 7)                                 =   RM 175
 
5. Makan (RM50 seorang)                                 =   RM 350

                                                       JUMLAH    =   RM 2,035.00
   
 
Suasana jauh untuk melihat Pulau Kapas.
 
Kami sampai di Jeti Pulau Kapas dalam pukul 7.00 petang dan kami memilih untuk terus pergi candat sotong.

Suasana di dalam bot ketika di tengah lautan
 
Hasil sotong selama 1 jam
Hasil selama beberapa jam di tengah laut
 
Pemenang sotong paling besar
 
Inilah tempat penginapan kami
Kami check in ke makcik gemuk resort dalam pukul 2.00 pagi setelah penat mencandat sotong. Petua sebelum mencandat sotong. Sila sediakan ubat pil mabuk laut kerana di tengah laut confirm mabuk lauk tak kira la terror ke tak pasti pening kepala.

Membeli belah di pasar Che Yeh
 
Melawat Masjid Kristal

Suasana senja di tengah laut

Pose dulu sebelum snorkeling

 Betapa clearnya air laut sehingga boleh di lihat dengan mata kasar walaupun tidak memakai google. Tetapi kalau pergi ke Pulau Kapas pastikan bawa makanan sendiri kerana makanan di sini sangat mahal. Tambahan suasana di malam hari di Pulau Kapas memang sunyi. So agak bosan la kalau datang berdua. Kalau yang nk honeymoon tu ok la.

No comments:

Post a Comment