JellyPages.com

Thursday, May 29, 2014

Percutian ke Melaka

Percutian ke Melaka

Pada 10 Februari 2014 kami plan pergi Melaka. Kami gerak dalam pukul 6.00petang melalui lebuhraya LEKAS tembus ke Senawang dan masuk Alor Gajah. Lebih kurang 1jam 30minit juga masa perjalanan kami. Kami menginap di Hotel Weilia http://www.hotelweilia.com/. Walaupun namanya hotel budget tp hotel nya cantik, bersih dan selesa untuk kami 8 orang.
 
Deluxe Room
 
Superior Room
 
 Budget Ke Melaka
 
1. Hotel Weilia (2hari 1 malam)                                               
    - 2 Deluxe room (1 queen bed & 1 single bed)(RM118*2)
    - 1 Superior room(1 queen bed)(RM88*1)
    - Breakfast tidak di sediakan                                                    RM324
 
2. Tiket River Cruise (RM10 * 8)                                                RM  80
 
3. Tiket Taming Sari(RM20 * 6)                                                  RM 120
    - Goodies bag(1 air kotak & roti)
 
4. Naik beca (2 orang)                                                                  RM 20
   - myb dalam 10 minit
 
5. Minyak & tol                                                                            RM 200
   - pergi & balik
   - 2 buah kereta
 
6. Makan ikan bakar Serkam                                                      RM 300
 
7. Makan - makan biasa                                                              RM 200
                                                                                     ------------------------------
                                                                                     Total      RM1244
 
Setelah kami sampai ke Melaka, first day dan first destination kami adalah River Cruise Melaka. Lebih kurang 30 minit juga boat tu bawa kami pusing sungai Melaka tu dan ada radio yang menjelaskan sejarah Melaka dan sungai Melaka. Bila malam permandangannya nmpak cantik dengan cahaya lampu berkelip-kelip.Kemudian, kami pusing-pusing ke Jonker Street tapi kami tak masuk sebab tak ada parking so kami balik hotel dan mulakan lawatan pada esok hari.
 
Second day kami pergi ke menara Taming Sari. Menara Taming Sari mengambil masa 7 minit untuk naik dan turun bagi menikmati kecantikan Bandar Melaka. Kemudian kami bertolak ke A Famosa, Perigi Hang Tuah dan kami pergi makan ikan bakar di Serkam. Selalunya mereka ke Umbai ikan bakar. Tapi kalau nak tahu Serkam ikan bakar lagi murah dan sedap. Ramai yang tidak tahu ikan bakar Serkam ini kerana tiada signbord. Kalau nak tahu tanya la orang di kawasan itu. Jalannya sama macam pergi umbai ikan bakar hanya atas cikit je jalannya.
 
Menara Taming Sari
Permandangan Melaka dari atas Menara Taming Sari

Memilih makanan laut

Menunggu makanan


Separuh lauk dulu tangkap. Lapar sangat ni..

Setelah kenyang, kami dating kembali ke A Famosa untuk naik beca. Naik beca di waktu malam sejuk dan ada lampu-lampu yang cantik dekat beca tersebut
 
 
Beca Hello Kitty
 

Gold Coast Morib, Banting

Gold Coast Morib, Banting

Kali ini kami plan pergi bercuti ke Gold Coast Morib pada 2 Mei 2014 hingga 3 Mei 2014. Saya kali kedua datang ke sini sebab keseronokkannya yang tidak dapat di lupakan. chewah ayat.. Selalunya mereka suka tunggu promosi dekat Groupon,Big Deal Malaysia atau lain-lain sebab murah. Bagi saya sama je, just kekadang je murah dekat Groupon tu. Bole. Just direct je terus dengan Gold Coast Morib http://www.gcr.com.my. Lg senang kita boleh tengok hari apa ada kosong,pakej-pakej yang di sediakan dan berapa harganya. Cara pembayarannya ada 2 cara iaitu melalui kad kredit dan juga debit kad (kad bank yang selalu kita cucuk duit tu).
 
Budget Gold Coast Morib
 
1. 1 Bilik Studio                             -  RM168 termasuk tax
     - 2 katil single
     - 2 breakfast
     - 2 ticket theme park
 
2. Minyak kereta(pergi & balik)   -  RM 50
                                                       --------------
                                      Total         RM218       
 
Bercuti ke Gold Coast Morib ni mmg jimat dan dekat bagi penduduk Selangor dan Kuala Lumpur. Banyak aktiviti boleh buat dekat dalam Gold Coast Morib, tak payah susah-susah nk keluar jauh-jauh contohnya:
1- Mandi swimming pool
2- Mandi laut 
3- Mandi jakuzi (ni yang paling best dekat dalam bilik :-))
4- Main ATV (yang macam motor tu)
5- Karoeke
6- SPA
7- Cyber Café
 
Makanan pagi dekat sini memang sedap terutamanya pudding roti fuhh lazat menjilat jari. Selain itu, dekat sini ada juga pakej makan malam dan makan pagi dengan harga RM198 termasuk tax. Tetapi ramai cakap makan malam tak sedap better pergi makan dekat luar je. Tapi saya tak pernah try pun pakej makan malam just baca blogger je. Selalunya kami keluar makan ikan bakar je. Perjalanan kami hanya mengambil masa dalam 1 jam 15minit. Kami ikut jalan Semenyih-->Bangi lama-->Dengkil-->Banting. Kami memilih jalan ini bagi mengelakkan jalan sesak dan juga tol.
 
 
Keadaan Bilik
 

Water Theme Park

Peace No War
Budak kecik tengah feeling baik punyer..

Wednesday, May 21, 2014

Lost World Of Tambun

Lost World Of Tambun

4 April 2014, kami plan untuk bercuti ke Lost World Of Tambun. Mengambil masa selama 2 jam 30 minit untuk sampai ke Tambun daripada Kuala Lumpur. Kami menginap di Lost World of Tambun kerana dekat untuk mandi air panas pada malam hari.

Budget Lost World of Tambun

1. Studio Suite                                                   RM 220
   - 2 person breakfast
   - 2 person ticket hot spring tambun
   - 2 day 1 night

2. Tiket masuk water park                                RM  50
    - include safari
    - petting zoo

3. Minyak & toll(pergi & balik)                       RM100
                                                                       ----------------
                                                             Total    RM370

Harga Tiket Masuk
 
Pemandangan Theme Park daripada Hotel
 Keadaan di dalam bilik sangat selesa
                                      

Kalau ke tambun,jangan lupa singgah makan popiah S.S Ali di Medan Selera Dato' Tahwil Azha,Perak. 1keping RM0.70. Memang sedap gila la. Ada popiah basah dan popiah kering.
Popiah S.S Ali
Tiket Hot Spring dan Spa pada waktu malam ni, memang dah termasuk dalam pakej masa beli bilik di Lost Hotel. So kalau tak masuk rugi la. Tapi kalau korang tidak menginap kat Lost Hotel, korang leh mandi pada waktu pagi kerana tiket masuk water park sudah termasuk mandi seluruh air panas atau sejuk. Bezanya cuma keadaan malam dan pagi je. Dekat dalam ni, kita boleh mandi air panas. Ada banyak kolam kat dalam ni, ada yang air suam-suam, panas sikit, panas sangat. Setiap malam jumaat dan sabtu ada live band dan abang api buat show kat depan kolam air panas tu. Memang syokss la.
Entrance Hot Spring

Keadaan pada malam

Keadaan pada pagi
 Dekat dalam Theme Park tambun ini masuk RM50/pax ada aktiviti:

1. Water park free
2. Petting Zoo free
3. Tin Valley free
4. Permainan roller coaster etc free.
5. Chamber Haunted bayar
6. Swan lake 20minit RM10/pax
Water Park

Swan Lake

Chamber Haunted


Tin Valley

Tin Valley

Petting Zoo


Tuesday, April 15, 2014

Pulau Langkawi

Bulan March 2014 perancangan pi Pulau Langkawi,Kedah. Kami pi Langkawi pada 11 March 2014 hingga 13 March 2014 naik flight Air Asia. Walaupun berita MH370 menggempar dunia, tetapi tidak mematahkan hati kami untuk naik flight . Namun tipu la kalau kata tak takut. Kami hanya redha je la kalau jadi pape. Ok kita continue budget kita.

Perbelanjaan ke Langkawi untuk 6 orang:

1. Tiket flight pergi dan balik (6pax X RM90)                              RM540
2. Penginapan Dawn Challet 3H 2M (2room X RM130)              RM520
3. Toyota Innova 3H 2M                                                                RM240
4. Island Hopping (6pax X RM30)                                                RM180
5. Mardi (6pax X RM5)                                                                 RM  30
5. Makan dan minyak                                                                     RM500
                                                                                                     -------------
                                                                                                       RM2010

Kalau hangpa nak pi Langkawi, ceq syorkan duduk kt DAWN CHALLET. Memang murah,best dan selesa. Dahla dekat dengan airport dan pantai cenang. Makan pun senang cari kat area sini. Kat Dawn Challet menyediakan swimming pool dan 2 katil queen setiap satu bilik harga hanya RM130 untuk 1 malam.
Tandas yang bersih siap dengan water heater

 
 
2 katil queen

 

 
 
 
 
Tempat-tempat yang menarik di Pulau Langkawi adalah:
 
1. Tasik Dayang Bunting, Pantai Beras Basah dan Eagle Feeding. Ceq ambik pakej island hopping dengan baron hotel kerana kat sini je paling murah. Dia ada 2 sesi pagi dan tengahari. Kami ambik sesi 9.00 pagi.Tapi ceq syorkan better masa nk p tu, hangpa p bawa kereta hangpa sampai tempat tunggu nk p island hopping. Bagi menggelakkan perebutan naik bas masa nak balik rumah.
Bukit Dayang Bunting

Eagle Feeding

Pantai Beras Basah
2. Taman Agroteknologi Mardi tiket masuk adalah RM 5 seorang. Memang best kerana dia akan bawa hangpa naik train pusing satu ladang Mardi yang ada tanaman buah-buahan. Lepas tu, depa bg hangpa makan buffet buah-buahan sampai hangpa kenyang. Kemudian  bagi cenderahati buatan tangan.



Monday, December 16, 2013

Cameron Highland

Cameron Highland 7 Dec - 8 Dec 2013

Percutian ke Cameron walaupun di kawasan Kuantan,Pahang banjir tetapi ianya tidak mematahkan semangat kami untuk bercuti. Untuk ke Cameron ada 2 jalan daripada Kuala Lumpur:-
 
1. Persimpagan Tapah (Jalannya dekat tapi banyak bengkang bengkok).
2. Persimpangan Simpang Pulai (Jalannya jauh tapi tak banyak bengkok)
 
Kami memilih persimpangan Simpang Pulai. Kata orang biar jauh janji selamat. Sebelum kita mulakan, kita bentangkan budget dulu.
 
Budget Cameron Highland (pergi & balik)
 
1. Tol Duta-Simpang Pulai-Duta          RM   49.60
2. Minyak Proton Saga Flx                   RM 100.00
3. Hotel                                                 RM  150.00
    - Golden Night Hotel
   -  RM150 / night
    - Family 8 person
 
                                                           -------------------
                                                              RM 299.60
 
Percutian di Cameron memang seronok macam berada di Korea kerana cuacanya yang begitu sejuk sehingga hotel yang tiada air-cond pun masih terasa kesejukkan yang teramat sangat. Kami memilih menginap di Golden Night Hotel,Brinchang kerana dekat dengan pasar malam dan pagi. Kami hanya berjalan kaki untuk ke pasar malam dan pagi. Tempat yang kami kunjungi:
 
1. Cameron Lavender Garden (Entrance fee RM 5.00/person)
2. Kea Farm
3. Strawbery Farm, Brinchang
4. Bee Farm
5. Tea Boh Sg Palas
 
Di Cameron Lavendar Garden masuk kena bayar RM5 untuk seorang. Di sini terdapat bunga-bunga cinta dan boleh pickup strawberry RM10. Di Kea Farm ada jual sayur-sayuran dan buah-buahan. Saya beli jangung RM10 dapat 20 tongkol, strawberry 3 kotak RM10 dan ubi madu 4 packet RM10.
Cameron Lavendar Garden

Strawbery Farm,Brinchang